Maklumat Tambahan - SimpleMall |
---|
Disertakan ringkasan Perbezaan antara BazarOnline dan SimpleMall BazarOnline 1. Hanya utk Group setempat (peniaga dan pelanggan (customer) kena masuk kedalam setiap group whatsapp, telegram atau facebook atau instagram yg ada) 2. Peniaga akan buat promosi produk, dan disertakan harga dan akan minta customer contact balik dgn order dan info pelanggan dan utk customer sediakan wang secukupnya utk (cash on delivery). 3. Peniaga yg perlukan bayaran dahulu akan maklumkan no akaun masing-masing di setiap group dan ini adalah salah satu puncanya scammer mendapat maklumat bagi penipuan secara internet banking. (Nama, hp, bank, akaun number peniaga semua tercatat dan lengkap). 4. Peniaga perlu membuat promosi ke setiap group untuk mendapatkan pelanggan dan mengulangi proses 1-3. Makin bertambah pelanggan, makin bertambah proses pengurusan dan lama kelamaan dan setelah berjaya, peniaga tidak lagi mampu utk menguruskan pengurusan operasi. 5. Customer kena masuk ke setiap group dan mencari produk kegemaran mereka utk pembelian. Setiap tempat, daerah, kawasan akan ada bazaronline yang disediakan oleh pihak kerajaan, pihak swasta dan juga daripada individu peniaga sendiri samada dalam facebook, whatsapp, telegram atau instagram. 6. Peniaga tidak mempunyai rekod customer dan rekod pembelian produk secara digital dan ini menyebabkan peniaga akan sentiasa mengulangi proses yg sama setiap masa dan tiada ruang utk mengembangkan perniagaan dan customer based masing-masing. Peniaga akan berada di tahap yg sama, tahun demi tahun dan akan berkubur setelah tiada lagi bazaar online dan muncul kembali pada tahun berikutnya. SimpleMall 1. SimpleMall adalah ruang untuk Peniaga mempromosikan produk disekitar kawasan masing-masing dan juga ke seluruh negara dan ke negara berhampiran. Peniaga hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan boleh meneruskan promosi disetiap group dgn mengajak customer ke SimpleMall ke kedai maya masing-masing. 2. Customer hanya mendaftar sekali dan tidak perlu lagi mengisi nama, hp dan alamat utk setiap pembelian drpd peniaga berbeza. Customer boleh masuk terus ke kedai peniaga melalui kedai maya peniaga atau melihat produk lain dari peniaga lain. Semua pembayaran adalah secara online (melalui internet banking, kad kredit / kad debit atau ewallet) dan tidak customer perlukan lagi menyediakan tunai utk pembayaran secara cod. 3. Peniaga tidak perlu lag mengwar-warkan no akaun bank masing-masing ke dalam setiap group kerana selain menjual produk mereka, peniaga juga menjual secara percuma maklumat perbankan mereka kepada scammer yg menunggu masa yg sesuai utk program penipuan mereka. 4. Peniaga tidak perlu lagi membahagikan masa utk operasi kerana SimpleMall akan memberikan order secara real-time - secara terus secara whatsapp kepada peniaga dengan maklumat lengkap customer (nama, hp, alamat, produk yg di order dan no resit sebagai rujukan), copy yg sama kepada customer. Customer boleh klik utk maklumkan kpd SimpleMall setelah mendapat delivery. Ini adalah bagi menjaga kepentingan pembeli bagi mengelakkan penipuan dari peniaga. Peniaga pula akan mendapat bayaran sebelum membuat delivery atau mengikut 2 masa setiap hari iaitu samada 9 pagi atau 6 petang. Ini adalah bagi menjaga kepentingan peniaga bagi mengelakkan penipuan dari pembeli. 5. Customer tidak perlu mencari peniaga disetiap group dan hanya perlu ke SimpleMall utk membuat pesanan dan tidak perlu mengulangi proses yg sama kepada setiap peniaga. Customer digalakkan untuk mempromosikan SimpleMall kepada peniaga kegemaran masing-masng bagi memudahkan customer utk mebuat pesanan setiap kali. Customer juga boleh membuat pesanan dengan menggunakan no hp ibubapa atau keluarga dgn alamat masing-masing di tempat yg ada peniaga setempat dalam SimpleMall bagi produk delivery atau peniaga secara pos seperti menghantar makanan, kurma, kuih raya, telekung, tudung atau pakaian kepada mereka. 6. Peniaga mempunyai rekod penjualan produk dan rekod pembelian customer dan mudah utk peniaga menganalisa produk yg laris dan mengembangkan perniagaan di kawasan setempat atau ke seluruh negara. Peniaga boleh terus berniaga di dalam SimpleMall walaupun tiada lagi bazaar online dan boleh terus mempromosikan produk di group atau media sosial masing-masing. Peniaga boleh juga menggunakan rekod pembelian utk diajukan kepada pihak bank atau agensi kerajaan bagi mendapatkan pinjaman atau bantuan bagi pengembangan perniagaan masing-masing. Kesimpulan Kejayaan SimpleMall adalah kejayaan bersama dan bukan sahaja kepada peniaga yg berdaftar dengan SSM iaitu sebanyak : 7,725,351 merangkumi Pemunya Tunggal : 6,310,300 dan Perkongsian : 1,415,051 (Maklumat setakat 1 May 2020) malah SimpleMall juga adalah sebagai salah satu persediaan kepada pelanggan yang lebih ramai melalui Program Cashless, Paperless, Digital XUsed Recycle Program yang telah dijalankan di Seluruh Malaysia semenjak 2018 melalui kerjasama bersama Me12Pay Digital Sdn Bhd klik utk ke Website Me12pay dan juga XUsed Worldwide Solutions Sdn Bhd klik utk ke Website XUsed Peniaga dan Customer boleh bertanyakan kepada setiap guru sekolah di setiap negeri masing-masing atau bertanyakan kepada anak masing-masing samada di Sekolah Rendah atau di Sekolah Menengah berkenaan program yang dimaksudkan.. Terima Kasih kerana menyertai SimpleMall en Adillah |