Maklumat Tambahan - SimpleMall
SimpleMall

Tujuan asal pembangunan sistem ini adalah utk memudahkan saya membuat tempahan makan minum didalam keadaan sekarang ini, tetapi nampaknya macam ada potensi pula untuk saya membantu rakan niaga yang lain dengan memudahcara dalam penawaran barangan mereka untuk penjualan dalam talian termasuk penyediaan bayaran dalam talian.

Harapan semoga peniaga semua dapat mendaftar sendiri melalui menu Daftar Produk (Peniaga) dan mengisi maklumat ringkas yang diperlukan. Hanya Klik dan ikut step by step keperluan maklumat pendaftaran.

1. Kategori Produk
2. Negeri
3. Daerah
4. Kawasan Penghantaran (Delivery)
5. Caj Penghantaran
6. Maklumat Peniaga (nama, hp, email, branding, ayat promosi anda (copy paste dari promosi anda), poskod, bandar
7. Maklumat Bank (No akaun, Nama Bank dan Nama Akaun) anda (utk Settlement)
8. Maklumat setiap produk dan harga (tidak perlukan masukkan RM, hanya harga produk sahaja), utk 15 produk. Bpleh tambah produk melalui kemaskini Produk.

Maklumat penting Pendaftaran
1. No hp penjual (mesti ada no Whatsapp yang akan terima pesanan real time mesej setelah pembayaran berjaya)
2. Email penjual (perlu ada sebagai backup pesanan / rekod belian dari pembeli)
3. Alamat rumah / kilang / restoran utk self pickup oleh Customer
4. Kawasan Penghantaran di satu ruang dan ada koma, utk setiap kawasan (cth Rawang, Bukit Beruntung)

Jika barangan yang dijual adalah makanan dan minuman - settlement adalah hari yang sama (6pm)atau berikut nya (sebelum 9am). Pembayaran akan dibuat sebelum delivery.

Kalau barangan yang lain - settlement adalah pada setiap isnin minggu berikutnya atau setelah pembeli mendapat delivery produk. Pembeli mesti menekan link utk mengesahkan penerimaan produk untuk penjual mendapatkan bayaran pada masa yang ditetapkan.

Nota: Pastikan no hp ada kod negara 60xxxxx semasa pendaftaran.

Tiada yuran atau bayaran komisen yang dikenakan semasa PKP.

Peniaga akan menerima pembayaran penuh mengikut harga produk yang dipaparkan.

Cara Pembayaran Pelanggan (Customer)
Jika ada pembelian dan setelah pelanggan berjaya membuat pembayaran dalam talian (pembayaran adalah melalui payment gateway secara internet banking, kad kredit / kad debit atau ewallet), satu whatsapp akan dihantar terus kepada hp penjual dan backup email jumlah bayaran juga dihantar kepada email penjual.

Pembeli juga akan mendapat salinan whatsapp yang sama bagi pengesahan pembelian yang dibuat. Peniaga mesti menghubungi pembeli jika tidak dapat membuat penghantaran produk utk pembeli mendapat Refund.

Nota Khusus Penjual yang tidak memenuhi promosi yang dibuat dan tidak membuat penghantaran seperti yang dipamerkan, akan disenarai hitam kan dan tidak layak utk dicadangkan untuk mendapat bantuan lain bagi pengembangan perniagaan masing-masing.

Tqvm. enAdillah
Whatsapp utk pertanyaan.